Lebih 100 penduduk hilang tempat tinggal apabila 12 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Jawa, Jalan Guru di sini, hari ini.<br /><br />Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.<br /><br />Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Tawau Sukur Hatta berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.38 tengah hari sebelum 40 anggota serta pegawai bersama tiga jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.